JOHOR BAHRU: Percutian domestik masih menjadi pilihan pelancong tempatan bagi menghabiskan cuti sekolah, dengan tempat pelancongan popular kekal sebagai destinasi tumpuan.
Tinjauan Bernama di beberapa lokasi pelancongan sama ada kawasan bersejarah, zoo, taman tema, muzium serta pusat beli-belah mendapati destinasi berkenaan terus menjadi pilihan masyarakat menghabiskan masa cuti panjang bersama keluarga.
Pengunjung dari Kuala Lumpur, Nazathul Nadeea Amyza Mohd Shuhaimi, 20, yang memilih Johor sebagai destinasi percutian berkata dia dan keluarga memilih bercuti dalam negara sahaja tahun ini memandangkan banyak lokasi tempatan yang belum dikunjungi.
"Antara lokasi yang telah saya kunjungi pada percutian kali ini ialah pusat beli-belah Johor Premium Outlets (JPO), taman tema Legoland Malaysia Resort, Stadium Sultan Ibrahim, Puteri Harbour, pekarangan Istana Bukit Serene dan Danga Bay.
"Di Jalan Dhoby ini pula terdapat banyak kafe hipster yang tular seperti restoran Hua Mui, Kopi Loco, Salahuddin Bakery dan Hiap Joo Bakery, malah banyak juga hidangan unik di Johor yang sukar ditemui di Kuala Lumpur seperti kacang pool dan lontong kering," katanya.
Pelajar kolej itu berkata dia dan keluarga juga sempat berkunjung ke Festival Kraf Johor 2023 di Angsana Johor Bahru Mall di sini yang menghimpunkan pelbagai produk kraf dari seluruh Malaysia.
Bagi jurutera, Mohd Qayyum Ashraf Mohd Shukor, 33, pula dia dan keluarga memilih untuk menghabiskan cuti di kampung halaman sendiri di Johor Bahru kerana masih terdapat banyak lokasi dan kedai menarik yang belum dikunjungi.
"Musim cuti akhir tahun ini saya pilih untuk berjalan-jalan di daerah ini sambil menyokong produk dan usahawan tempatan sekali gus menjimatkan duit penginapan hotel serta pengangkutan," katanya yang berasal dari Damansara Aliff di sini.
Dalam pada itu, Pengarah Tourism Johor Suhairi Hashim ketika dihubungi berkata Johor Bahru memang menjadi antara bandar raya pilihan pelancong antarabangsa dan domestik selain Kuala Lumpur, Melaka dan Pulau Pinang.
Sementara itu di Perak, tempat pelancongan seperti Muzium Perak dan Zoo Taiping menjadi tumpuan ibu bapa dan anak-anak memanfaatkan masa yang ada bersama keluarga sempena cuti sekolah.
Muzium Perak, yang kini sedang mengadakan Pameran Zoologi: Seni Taksidermi sememangnya menjadi lokasi wajib kunjung setiap kali tibanya cuti sekolah sama ada oleh pengunjung tempatan mahupun dari luar negeri ini.
Kerani dari Batu Kurau, Hazilawati Ramli, 29, berkata dia mengambil peluang bercuti dengan membawa anak saudaranya yang datang dari Sungai Petani, Kedah melawat muzium berkenaan.
"Hari ini saya bawa mereka melawat Muzium Perak kerana aktiviti ini sesuai untuk seisi keluarga khususnya kanak-kanak, apatah lagi untuk tempoh enam bulan ini ada pameran bersejarah berkaitan spesies binatang dan hidupan yang terdapat di Malaysia," katanya ketika ditemui di sini.
S. Shanti, 36, yang bekerja sebagai guru pula berkata musim cuti sekolah adalah masa paling sesuai untuk membawa anak-anak berjalan-jalan dan melakukan aktiviti berfaedah.
"Anak-anak saya teruja dan seronok berkunjung ke Muzium Perak kerana berpeluang melihat pameran yang ada sekali gus dapat menambah ilmu pengetahuan. Kami bawa mereka ke sini pada hari bekerja kerana tidak mahu bersesak, tambahan pula kes COVID-19 meningkat sekarang," katanya.
Dalam pada itu, juruteknik, Ahmad Faizal Bakaruddin, 41, berkata walaupun cuti sekolah hanya akan berakhir pada hujung minggu ini, dia masih tidak berpulang untuk balik kampung di Pulau Pinang.
"Isteri saya bekerja dan tak dapat ambil cuti panjang, jadi saya cuma dapat bawa dua anak saya bersiar-siar di sekitar Taiping. Seharian kami di sini dipenuhi dengan aktiviti berfaedah kerana selepas Muzium Perak, kami ke Zoo Taiping pula," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Dec 27 2023
Zoo Taiping antara yang menjadi tumpuan ibu bapa dan anak-anak memanfaatkan masa yang ada bersama keluarga sempena cuti sekolah. - Gambar/ Bernama
Selangor rekod kes jenayah seksual tertinggi dalam tempoh tiga tahun
Siti Kamisah berkata, kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi, desakan hidup serta capaian internet yang meluas menjadi antara faktor.
Zii Jia, Jun Hao lepasi halangan pertama Terbuka Thailand
Zii Jia melepasi halangan pertama dalam misi memburu gelaran kedua Terbuka Thailand selepas mengiringi rakan senegara Leong Jun Hao mara ke pusingan kedua di Stadium Nimibutr di sini hari ini.
INNOVATHON musim kedua sasar tarik bakat muda, pupuk minat pada STEM
INNOVATHON musim kedua memfokuskan kepada penghasilan tenaga kerja dan bakat masa depan yang mampu bergerak seiring dengan kemajuan dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) serta penyelidikan dan pembangunan (R&D).
Tuanku Zara Salim rasmi Pameran Limar anjuran Muzium Seni Asia, UM
Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan Tuanku Zara Salim berkenan untuk merasmikan Pameran Limar “Tenunan warisan yang kian dilupakan” anjuran Muzium Seni Asia Universiti Malaya dimana sejumlah 78 koleksi tenunan limar dipamerkan bersempena pameran tersebut.
Lawrence Wong sah PM baharu, Lee Hsien Loong kini Menteri Kanan
Timbalan Setiausaha Agung Parti Tindakan Rakyat (PAP) Singapura, Lawrence Wong, 51, secara rasminya mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri republik itu yang baharu, pada Selasa.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Majlis mengangkat sumpah itu dilakukan di hadapan Ketua Hakim Singapura, Sundaresh Menon dan Presiden Singapura, Tharman Shanmugaratnam di Istana.
Peristiwa Nakba disifatkan berulang, tapi lebih dahsyat
76 tahun berlalu, peristiwa Nakba yang berlaku pada 14 Mei 1948 terus diingati sebagai peristiwa hitam buat rakyat Palestin. Nakba yang membawa maksud malapetaka merujuk kepada penghapusan etnik Palestin, yang mana bagi penduduk Gaza, peristiwa itu tidak ubah seperti apa yang berlaku sekarang. Penderitaan dan kesengsaraannya malah disifatkan lebih teruk berbanding 1948.
Malaysia mahu terokai pelbagai bidang dengan Republik Kyrgyz
Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysia berhasrat untuk menjalin kerjasama dengan Republik Kyrgyz dalam pelbagai bidang yang boleh dibangunkan bersama.
Dua pegawai penjara maut, seorang banduan lolos
Penyerang bersenjata membunuh dua pegawai penjara Perancis dan mencederakan tiga yang lain dalam serangan ke atas konvoi di Normandy pada Selasa.
Data PADU sudah sedia, tunggu masa sesuai elak spekulasi inflasi - Rafizi
Sebarang keputusan berhubung pelaksanaan mekanisme tersebut, hanya akan diputuskan oleh kerajaan pada tempoh yang sesuai bagi mengelakkan spekulasi inflasi.
Kyrgyz zahirkan hasrat Malaysia lantik penasihat kepada kerajaan republik itu - PM
Republik Kyrgyz hari ini menzahirkan hasrat supaya Malaysia melantik seorang penasihat kepada kerajaan negara itu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pelancongan domestik lonjak 16.1 peratus pada suku keempat 2023, rekod 54.3 juta pelawat
Bagi perbandingan suku tahun ke suku tahun, pelawat domestik meningkat 1.6 peratus daripada suku ketiga 2023.
Galakkan pelancongan domestik, rangsang pemulihan ekonomi - Penggiat industri
Pihaknya giat bekerjasama dengan kerajaan negeri merangka rancangan Tahun Melawat Perak 2024 sebagai usaha mempromosi pelancongan domestik.
Percutian domestik kekal jadi pilihan pelancong tempatan
Percutian domestik masih menjadi pilihan pelancong tempatan bagi menghabiskan cuti sekolah, dengan tempat pelancongan popular kekal sebagai destinasi tumpuan.
Perbelanjaan pelancongan domestik melonjak kepada RM59.2 bilion pada 2022
Prestasi memberangsangkan itu susulan pembukaan semula sempadan negara kepada pelancong antarabangsa, penghapusan keperluan kuarantin dan ujian saringan COVID-19 ketika tiba di Malaysia.
Perbelanjaan pelawat domestik melonjak RM64.1 bilion pada 2022 - DOSM
Prestasi pelancongan domestik di Malaysia mengalami pemulihan yang luar biasa pada 2022 dengan jumlah perbelanjaan RM64.1 bilion berbanding RM18.4 bilion pada 2021.
Pelancongan domestik Malaysia catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Agoda
Ketika Malaysia membuka sektor pelancongan pada separuh kedua 2020, ia mencatat pertumbuhan tertinggi dalam pasaran pelancongan domestiknya.
Pulau Pinang tumpu pelancongan domestik pada separuh pertama 2021
PETACE akan membangunkan strategi berkaitan ekonomi kreatif sejajar dengan deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi 2021.
Pas tahunan percuma Hutan Lipur Ulu Kenas
Saarani turut menyambut baik cadangan mempromosikan keunikan tempat, budaya dan makanan popular di negeri ini menerusi program 'Moh Kenei Perak'.
Kebenaran rentas zon hijau bakal hidupkan semula pelancongan domestik - Nancy
Beliau juga yakin keputusan itu mampu meredakan kegusaran pengusaha perkhidmatan pelancongan dan produk pelancongan yang kehilangan sumber pendapatan dalam tempoh sukar itu.
Bas percuma untuk warga Putrajaya mulai 1 November
Ia merupakan salah satu inisiatif di bawah Wilayah Prihatin KWP bagi membantu rakyat, khususnya warga Putrajaya, mengurangkan beban sara hidup dalam aspek pengangkutan.